Colour of Roses III
Rini lak share 2 final maksud wana bunga…
banyak2 kang jd blog bunga lak, bukan blog kucen..
XD
ORANGE/ JINGGA
Dengan tenaga warnanya yang menjulang-julang, mawar jingga adalah jasad kepada suatu keinginan dan semangat. Mawar Jingga sering melambangkan keghairahan dan keseronokan dan ungkapan romantik sungguh-sungguh. Sejambak mawar jingga akan menghantar satu mesej yang bermakna.
RED/ MERAH
Mawar merah adalah simbol tradisional untuk cinta dan romantik, dan cara masa berbesar hati mengatakan “I love you.” Rose merah telah lama melambangkan kecantikan dan kesempurnaan. Sejambak mawar merah adalah cara yang paling sesuai untuk meluahkan perasaan yang mendalam anda untuk seseorang yang istimewa.
Kang tarukh bunga ja kat blog org tag jd blog bunga lak!
haha
layan rock jiwang nih gak..
best best!!
mesti dgr!!
(>wO)* wink* wink*
ABINGDON BOYS SCHOOL Ft. MICRO - LOST REASON
Yo Yo What’s Up?
Yeah!
Can you hear me?
Come on everybody let’s all get down
To the place that you’ve never been before
It’s the Lost Reason brand new shit remix
You gotta turn it up the stereo Hey yo!
I’ve been asking to myself,
What this crazy feeling means to me?
I need so much more than I can give
Trying not to think of you
Tell me where you have been hiding out
There must be something I can do
Suddenly, I realize the way to go from now on
I can see, now
Wanna do, I wanna do
Take you all the way now
(Can you hear me?)
You are the reason I’m alive
(Without you my life is incomplete)
I can’t take this any longer honey, please don’t say goodbye
(You gotta stay with me)
Remember the night I held you tight
(You are the one, brings out the best of me)
Before you go make me cry
Can’t you just change your mind?
I’ve been talking to myself,
What this dizzy feeling means to me?
You need so much more than you can give
(you can give)
Trying not to look for you
Tell me what you have been keeping up
There must be somewhere I can go
Finally, I realize the way to go from now on
I can feel, now
Wanna do, I wanna do
Take you all the way now
I am the reason you’re alive
I can’t take this any longer honey, don’t leave me alone
Remember the night I held you tight
Before you go play on me
Speak with your true mind
Just one wish,
before you deny yourself
Stay with me , till I get high enough
[Uh yeah! Now get ready y’all
Pass the MIC let’s carry on!!
It’s been a long time since the day I first met her
And I thought she was the “one” forever
But, break up she’s gone now
tokei no hari wa modose wa shinai Play back
tomo ni sugoshita hibi ga ima Flash back
tooku naru kimi no sono sugata
I gotta let it go now
She’s been haunting me, so get it over
You’re the reason why
I break down and cry
No matter how I try
You’re still in my mind!!]
You are the reason I’m alive
I can’t take this any longer honey,
please don’t say good-bye
Remember the night I held you tight
Before you go make me cry
Can’ you just change your mind?
Just one wish, before you deny yourself
Stay with me, till I get high enough
[Come on everybody let’s all get down to the place
that you never been before
It’s the”a.b.s. & MICRO” re-mix
We gonna burn it up and take you all Hey yo!!]
Colour of Roses Part II
Semalam da share 2 makna warna mawar iaitu pink n kuning..
rini kte tgok..
White/ Putih
Mewakili, merendah diri, kesucian dan tidak bersalah, putih meningkat - sering dirujuk sebagai mawar pengantin - dikaitkan dengan kasih sayang remaja. Ia juga dilihat sebagai tanda perkahwinan awal. Turut melambangkan kebenaran dan menghormati, ia menghantar mesej kesetiaan dan berkata “I’m worthy of you.”
Lavender
Keunikan rose lavender telah menangkap banyak hati dan imaginasi. Dengan penampilan fantasi mereka, mawar lavender adalah simbol sempurna Pesona. Keunikan lavender juga tradisinya ia juga digunakan untuk meluahkan perasaan cinta pada pandangan pertama…
Colour of Roses..
Rini juz nak share 2 makna warna ros..
Lau nk tau lebih lanjut sila follow up hari hari berikutnya keyh~~
^^
MERAH JAMBU / PINK
Sebagai simbol rahmat dan keanggunan, merah jambu sering diberikan sebagai ungkapan rasa kagum. Mawar pink juga boleh menyampaikan penghargaan dan juga menyatakan keriangan. Mawar pink sering memberikan makna yang lebih lembut berbanding warna yang lain..
KUNING
Cerah, warna cerah mawar kuning membangkitkan perasaan kehangatan dan kebahagiaan. Perasaan hangat yang dikaitkan dengan ros kuning sering diumpamakan dengan dikongsi bersama rakan sebenar. Oleh itu, mawar kuning merupakan simbol ideal untuk kegembiraan dan persahabatan….
Kalaulah!..~~
Pernah terfikir x?
betapa beruntungnya kita memiliki Allah sbg tuhan?
bernafas free..
matahari free..
hujan free..
++ nak berdoa, laaagi lah free..
Tapi still ada yang reti nak bersyukur…~
Kalaulah doa tu kte kne bayar mcm bayar topup telefon bimbit…
atau terpaksa menunggu panggilan akan dilayan..
macam mana la agaknye an an??
TALIAN untuk berdoa:
“Hai, selamat datang ke jabatan perkhidmatan doa.”
“Tekan 1 untuk Bahasa Melayu”
“Tekan 2 untuk Bahasa Inggeris”
“Tekan 3 untuk Bahasa Cina”
“Tekan lagi untuk Tak Reti Bahasa”
“Tekan lagiii?? memang kau TAK RETI BAHASA!!”
ENGAGE untuk berdoa:
“Harap maaf, nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi, sila cuba sebentar lagi”
(10 minit kemudian)
“Harap maaf, nombor yang anda dail masih tidak dapat dihubungi, sila cuba sebentar lagi”
(30 minit kemudian)
“Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi, sila tinggalkan pesanan anda selepas bunyi bib, BIBB BIB BIB BIB!!
(Sehari kemudiannya)
“Nombor yang anda dail tidak terdapat dalam talian kami, harap maaf”
“ArrgggHh!!! TENSENNYEE NAK BERDOA!!!”
KECEMASAN:
Malaikat: “Hello, ini malaikat bercakap, boleh saya bantu?”
Manusia: “Hello, hello!! Saya dalam bahaya nih!! tolong selamatkan saya!!”
Malaikat: “Baiklah, encik sila nyatakan nama penuh anda”
Manusia: “SameOn bin Bostaman!”
Malaikat: “Sila nyatakan alamat tetap anda”
Manusia: “No.2, Jalan Batu Loncatan, Kg. Batu Api, 30000, Ulu Lengkuang”
Malaikat: “Sila nyatakan nombor kad pengenalan anda”
Manusia: “Saya takda masa da nih tolong selamatkan sayaa!!”
Malaikat: “Kami tidak boleh proses permintaan encik sekiranya tiada rekod tertentu untuk mengelak talian palsu..
Manusia: “Apa lagi yang korang nak nih!! ARRGG!! Baik aku mati jee!!”
Malaikat: “Talian terpaksa dihentikan kerana berlakunya server down, harap maaf~”
TOPUP:
“Ya Allah, aku berdoa pada mu. Kau berikanlah aku…..”
“tutt tuttt tuttt tuutttt tutttt…”
“Aisehhh!! kredit habis plak daaaa!!”
SMS :
“Ya Allah, Sori le lama x sms bcoz hp buat hal! Geram btol!
Bila tekan MENU je, jadi camni… “
*****MENU******
Mengadu………..$2.50
Meminta…….$2.00
Berzikir………$1.50
TEMPLETE SMS:
tekan bawah jika RINDU Allah…
so..RINDU Allah lah nie ??
stop——
aik..tekan lagi ? memang betul-betul rindukt Allah lah nie…
Tekan lagi ??
OKlah.. kredit dah habis…
LOAN UNTUK BERDOA:
MEMERLUKAN PENJAMIN & CAGARAN (TUNAI SEGERA).
TERBUKA KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG BEKERJA DAN GAJI DI BAYAR OLEH MAJIKAN MELALUI BANK LANGIT.
UNTUK MEREKA YANG MENETAP DAN BEKERJA DI KUALA LUMPUR DAN SELANGOR SAHAJA.
*Terbuka kepada semua pekerja kerajaan & swasta
( Berhad / Sdn.bhd / Enterprise )
* Hanya Pesara / Berpencen Sahaja yang layak memohon
* Pemohon mestilah Pencen Dan Gaji Di Bayar melalui Bank
* Pinjaman segera secara TUNAI
ANDA KAKITANGAN DAN ADA REKOD BLACKLISTED???
* Berminat sila sediakan :-
– 3 Bulan Slip Gaji Terbaru
– Buku Bank / 3 Bulan Bank Statement Doa Yang Telah Dikemaskini
SEKIRANYA PERKARA DI ATAS TIDAK DILENGKAPKAN, DOA ANDA TIDAK AKAN DILAYAN
PINJAM DOA:
DIN: “Mat, aku ada masalah nih..”
MAT: “Apekeheyy nyee??”
DIN: “Aku tengah pokai ni, nak doa kat Allah, tapi kredit da habis.. Aku pinjam doa
kau dlu leyh? t aku bayar balek”
Mat: “Tulis lah dalam buku 555 aku tu”
Untuk pengalaman kali nih,
Aku blaja untuk lebih berani!
Lebih yakin!
Lebih bersedia!
dan lebih memahami!
Aku blaja untuk tidak terlalu berharap!
terlalu merindui!
terlalu mengambil berat!
dan terlalu menyayangi lebih dr diri sendiri!
Aku blaja untuk mengutamakan perkara yang lebih penting!
lebih sayangkan keluarga!
lebih sayangkan agama!
lebih sayangkan tuhanku!
Tetapi yang paling penting,
aku blaja untuk selalu report rutinku pada Allah….~
“Allah, saya nak keluar rumah nie, protect me keh!”
“Allah, saya da sampai rumah, alhamdulillah..”
“Allah, saya nak tidur dulu ea? Selamat malam..~”
(^w^)
dan aku blaja untuk ambil berat pada Allah dan rasul,
memahami Allah dan Muhammad,
rindukan Allah dan Muhammad…
Walaupun air mata ini masih mengalir..
seperti dulu….
Namun, aku menjumpai kasih sayang Allah dan Rasul ku di dalam hati ini…
and its really really makes me feel very HAPPY! even if the sadness is very PAINFUL!
If Allah ask me,
“How its going there, My dear~?”
My answer is,
“Never felt this better, my God! Huhu ^^”

DESERT ROSE/ ADENIUM
native to the Sagel regions, south of the Sahara (from Mauritania and Senegal to Sudan), and tropical and subtropical eastern and southern Africa and Arabia. Common names include Sabi Star, Kudu, and Desert-rose.
Symbol of beauty, endurance, rare and expensive
LAWAK MESTI BACA!! HOHOHO (*O*)
SURAT CINTA ZAMAN MODEN
Kekasih,
Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu.
Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.
Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi.
Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.
Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.
Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.
Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk.
Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.
Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald’s, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.
Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan.
Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?
CREDIT TUU : matlempang (www.lawakjenaka.com)
Ya Allah….
Dari kecil Kau mendidik aku..
Dari kecil Kau menjadi bagiku guru,
yang tidak pernah lelah mengajar aku..
Mengajar aku untuk menjadi berani,
Mengajar aku untuk menjadi lebih yakin,
Mengajar aku tentang cinta..
Kau mengajar aku untuk ketawa,
dan kemudian Kau mengajar aku untuk menangis,
kemudian ketawa semula…
Kau mengajar aku tentang indahnya cinta,
dan Kau mengajar aku tentang pahitnya mencintai…
Ia mengajar aku menjadi lebih kuat,
selepas aku mengesat air mata ini…
Cukup atau tidak pengalaman itu,
aku bertawakkal kepada Mu Ya Allah…
Tapi aku memohon pada Mu,
ajarilah aku untuk peringkat seterusnya…
Di mana aku telah menjumpai pendamping aku..
Jadikanlah ini kali terakhir aku mencari pendamping aku,
pendamping yang akan membuka jalan impian aku kepada Mu…
Aku melihat corak Kau mengajarnya,
Hampir sama dengan corak Kau mengajar aku…
Kau mengajarnya untuk serik menangis kerana perasaannya,
seperti mana kau mengajar aku untuk serik menangis kerana perasaanku…
Kau mengajarnya untuk menjadi lebih yakin untuk melangkah sendiri,
seperti mana Kau mengajarku untuk menjadi lebih yakin untuk melangkah sendiri…
Tambahkanlah dia kekuatan yang aku ada,
dan tambahkanlah aku kekuatan yang dia ada…
Jadikanlah kekuatan dia sebagai kekuatan aku,
dan jadikanlah kekuatan aku sebagai kekuatan dia…
Jadikanlah dia sebagai pendamping aku,
Jadikanlah aku sebagai pendamping dia…
Ini kali kedua aku berdoa sebegini Ya Allah,
dan aku berharap ini kali terakhir aku mendoakan sebegini…
Jadikanlah aku miliknya,
dan jadikanlah dia milikku….,
untuk selamanyah~
Ana Uhibbuka Anta Ya Allah…
Amin~
Hadirnya awak secara tiba tiba,
namun seperti saya telah mengenali awak lama dahulu..
Hadirnya awak mematahkan sunyi di hati saya,
mengubat kembali luka di hati saya ini..
Hadirnya awak membuatkan deringan fon tak lekang berbunyi,
sentiasa menemani saya di mana-mana..
Hadirnya awak sentiasa membantu saya,
awak hadir tepat di kala saya berada dalam kesusahan..
Hadirnya awak menguji saya,
adakah saya belajar dari kesilapan lama..
Hadirnya awak mengajar saya,
tentang perasaan yang sekian lama saya hilangkan dari diri ini..
Hadirnya awak merapatkan saya dengan Illahi,
mengajar saya tentang cinta sebenar yang datang dari-Nya..
Hadirnya awak membuatkan saya tak terungkap,
bagaimanakah nantinya awak lupakan saya..
Hadirnya awak membuatkan saya berdoa siang dan malam,
agar perhubungan ini kekal selama-lamanya..
Namun,
Hadirnya awak mengajar saya bersedia….
Kiranya satu hari nanti awak lupakan saya…
Saya tak boleh menangis…..
seperti dulu..~
Saya ada sebuah gunting..~

Saya ada sebuah gunting..
Saya sayang sangat kat gunting tu..
Hari-hari saya jaga ia..
Bersihkannya, lap ia..
Kalau boleh tak mahu ada satu habuk pun padanya..
Kadang-kala ia melukakan saya..
Ada luka besar, ada luka kecil..
Kadang-kala lama luka tu nak sembuh..
Takpe.. saya da biasa da…
Walaupun gunting tu dah berkarat..
Saya tetap simpan ia dalam laci…
Awak umpama gunting itu…
Cuma awak tak berkarat…
Dan saya tak simpan awak dalam laci..
Sebaliknya saya simpan awak dalam hati….~~~
Awak kata awak kuat merajuk,
tapi saya seorang suka memujuk….
Awak kata mungkin saya akan jemu dengan awak,
maaflah tidak ada istilah jemu dalam kamus saya…
Awak kata awak suke serius,
saya lak suka maen-maen baru stabil~
Awak kata awak garang,
tapi saya suka kena marah….
Awak kata awak pemalu orangnya,
tapi awak da kalahkan saya dlm banyak permainan..
Awak kata markah maen boling xmo tinggi dr saya,
hurmmm mimpi lah saya disiang hari…..
Awak kata awak kurang selera makan,
sedey hati saya sebab saya kuat makan!
Awak kata xmao senyum hari kita keluar bersama,
Alhamdulillah berpuluh kali saya lihat gigi awak..
Awak kata awak tak bersedia,
xpe penantian hanyalah ruang waktu…
Awak kata saya mirip ex awak yang pertama,
harap saya adalah dia…~
Awak tanya apa yang boleh buatkan saya tak suka awak,
mana boleh tak suka! dah saya sayangkan awak lah!~~~
(^w^)
WAT IS LIFE??

Sometime life could be hard..
high and risky!
but sometime we should just have to come over with it!
because maybe it’s much smoother and can never be hurt
like we though of it
but like we ‘SHOULD’ though of it…
Sepi membuatkan kita berdua berfikir
Tentang kesilapan dan pengalaman indah dulu
Membuatkan kita menjadi lebih matang
Matang untuk membuat pilihan yang betul
Kita mulai sedar akan kepentingan seseorang itu
Yang selalu mengisi ruang kekosongan hati ini
Yang selalu memberi kita kekuatan yang luar biasa
Yang selalu membuka jalan kita kepada cinta Illahi
Dan kini engkau memberi aku peluang sekali lagi
Begitu juga aku
Dan akan aku usahakan dengan seribu kematangan
Dan tiada rengekan bak kanak-kanak kecil lagi
Aku akan isikan masa dengan sebaik yang mungkin
Dengan kasih yang tiada berbelah bagi
Terima kasih cinta
Kau berikan lagi
Ku kesempatan itu….
H A P P Y !! ^^




